Isnin, 2009 Mei 25
fikirkanlah (azli shukri)
Dun penanti - medan menghentam umno - bn
Bukan sahaja penceramah-penceramah amatur dalam hujahnya jelas menghina keputusan mahkamah, nama-nama besar termasuk Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjadikan BN sebagai isu utama di samping isu Menteri Besar Perak sebagai daya tarikan kepada para pengunjung.Malah Anwar memberi ingatan kepada ‘penonton’ ceramahnya bahawa pilihan raya kecil DUN Penanti bukan melibatkan PKR dan bebas tetapi antara PKR dengan BN sebab beliau mendakwa kononnya calon bebas adalah ‘proksi’ kepada BN.
Calon-calon bebas yang bertanding adalah Aminah Abdullah yang juga merupakan bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Pulau Pinang, Nai Khan Ari yang dikatakan bekas ahli GERAKAN dan Kamarul Ramizu Rosli, yang pernah menjadi calon bebas dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebelum ini telah menegaskan bahawa BN tidak ada kena mengenai dengan pilihan raya kecil DUN Penanti.
Malah BN bukan sahaja tidak ada kaitan dengan calon-calon bebas tetapi tidak akan terlibat dengan apa-apa aktiviti kempen di kawasan itu.Dalam ceramahnya di Padang Berapit, Anwar sebagai mana biasa terus menyerang kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta UMNO yang didakwanya parti perkauman..Sementara menuduh UMNO memainkan isu perkauman, Anwar pada masa yang sama memainkan sentimen masyarakat Cina dan India untuk menolak UMNO dan BN walaupun pilihan raya kecil DUN Penanti tidak ada kena mengena dengan parti itu.
Beliau juga tidak menjelaskan bahawa Nizar tidak lagi menjadi Menteri Besar kerana sudah hilang kepercayaan daripada majoriti ADUN Negeri Perak setelah dua ADUN PKR dan satu DAP semasa pakatan pembangkang membentuk kerajaan negeri Perak keluar parti masing-masing dan sehingga kini masih menjadi ADUN Bebas. Kenapa timbul cerita Nizar diguling dan keputusan mahkamah dipertikai dengan menuduh tiada kebebasan dalam kehakiman.Kenapa Anwar tidak mengulas mengenai tindakan dua ADUN PKR Perak meninggalkan parti itu.
Adakah beliau bimbang orang yang bertanya balik kepadanya, kenapa PKR dengan gembira menerima ADUN BN kawasan Bota yang lompat sekejap ke dalam PKR dan menganggap itu amalan demokrasi tetapi bila kena batang hidung sendiri pelbagai tuduhan dan tohmahan dibuat.Apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi keputusan memihak kepada pakatan pembangkang, keputusan itu bukan sahaja dianggap tepat malah hakim dan institusi kehakiman dipuji.
Akan tetapi apabila mahkamah membuat keputusan yang tidak memihak kepada mereka, kenapa semuanya dikatakan tidak adil dan tidak bebas.Hakikatnya, pilihan raya kecil DUN Penanti walaupun tidak melibatkan BN tetapi PKR tidak punya isu lain untuk dibawa kepda rakyat sebaliknya menyerang UMNO, BN dan para pemimpinnya sebagai retorik untuk memuaskan hawa telinga penonton yang datang mendengar ceramah mereka.Buktinya nilailah ungkapan Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin ketika mengakhiri ucapannya pada majlis ceramah tersebut dengan selamba dan tanpa rasa malu berkata “Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang tidak baik datang dari Najib”. Apa kena mengena ungkapan ini dengan pilihan raya kecil DUN Penanti. - juri rakyat
Selasa, 2009 Mac 31
Kehilangan Ayah Tersayang
ayah,kasihmu,pengorbananmu dan tunjuk ajarmu akan aku jadi panduan.terima kasih ayahku...
al-fatihah...
Ahad, 2009 Mac 08
Kisah Tentang Paku
PAKU DI HATI........ . begini kisahnya
Khamis, 2009 Januari 08
SANGKA-SANGKA
Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak,
Orang yang rileks disangka malas,
Orang berpakaian baru disangka menunjuk,
Orang berpakaian lama disangka hina,
Orang makan banyak disangka pelahap,
Orang makan sikit disangka “diet”.
Orang berperangai baik disangka buruk,
Orang berperangai buruk disangka baik,
Orang yang senyum disangka mengejek,
Orang yang masam disangka merajuk,
Orang yang berbincang disangka mengumpat,
Orang yang diam disangka menyendiri,
Orang yang menawan disangka menggoda,
Orang yang ceria disangka mengada,
Orang yang bertanya disangka menyibuk.
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa,
Mana tahu yang berbincang itu kerana memberi pendapat,
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah,
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya,
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya,
Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya.
Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka,
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa,
Kerap sangka-sangka mengundang celaka.
Jangan terlalu bersangka-sangka,
Jauhi sikap suka sangka-sangka
Rabu, 2009 Januari 07
DUNIA BARU 2009
aku rasa tak lambat utk aku ucapkan selamat tahun baru 2009. bila sebut tahun baru mesti azam baru....aku rasa azam aku macam tahun2 yg dulu juga. sudah lama aku tak berblog..bila masa akhir tahun ramaila sibuk jadi aku pun turut sama buat-buat sibuk. nanti kang org kata pemalas, bila malas skt pun rendah (aku rasala)...jadi kenala buat-buat sibuk...
tahun ni, tahun yg penuh makna utk aku..mcm2 pekara akan berlaku...aku akan melangkah ke satu alam dan dunia baru...dunia rumahtangga.hahaha.kalau takda aral melintang bulan 6 ni aku jadi laki org...
sempena tahun baru ni marilah bersama-sama kita rapatkan ukhwah dan ubah sikap yang buruk kepada yang baik.jadilah manusia yang berguna..jangan jadi lalang.sekian sahaja
Rabu, 2008 November 19
Young Ideas

tp ari ni aku bukan nak cita pasal perjalanan aku tu tp aku nak cita pasal young planner atau young ideas...sejak dua menjak ni perkataan young planner selalu je disebut ketika meeting ...apa kata kita tanya pendapat young planner?perkataan selalu je terkeluar ketika meeting..memang bagus sebenarnya sbb dia bagi peluang kepada org mcm kami ni bercakap tp kadang aku lihat benda ni mcm nak melemahkan semangat kami...kenapa aku cakap begitu sbb aku dah kena..aku penah la pergi satu taklimat yang dihadiri semua planner gov.dipendekkan cita semua la ada..aku panggil tu taklimat kpi...seperti biasa dia bagi la peluang kepada kami yang digelar young planner ni. aku pun bagi la pandangan aku yang aku rasa betul la..aku cakapla kita dah ada kpi jabatan jadi kita perlu la kpi individu untuk mencapai target kpi jabatan...aku bg contoh mcm majlis bandaraya melaka buat..tp apa yang aku dapat...aku ditegur..hafiz are you lost..awk ni tak tumpu perhatian ke..masa tu aku malu gila..merah padam muka aku sebaikla aku kulit hitam..semua org pandang dan gelak kat aku..salah ke aku bg pandangan..kalau salah tak payahla ckp mcm tu sekali....kalau tak nak setuju pandangan aku mesti ade cara yang lebih baik untuk ditegur...tp aku pelik, sekarang idea yang aku suruh buat kpi individu telah diterima..sekarang geng-geng kpi tengah bertungkus lumus buat kpi individu..kelakar pun ade juga..kadang benda mcm ni membuat aku jadi takut untuk beri idea atau pandangan..sekarang dalam meeting aku senyap je..kang salah bagi pandangan pula....salam