Isnin, 10 Mei 2010

mak

Bila seronok, aku cari.
...pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Isnin, 4 Januari 2010

TUN DR. MAHATHIR...

baru2 ni aku seorang diri melepak di sebuah kedai kopi...oleh kerana meja penuh, aku menumpang meja yg aku rasa mereka adalah kontraktor2..topik yg dibincangkan ketika itu agak menarik bagi aku...TUN membazirkan duit rakyat buat mcm2 projek.

ulasan aku : menguruskan sebuah negara ini seperti kita menguruskan sebuah perniagaan. bila kita nak mulakan perniagaan mesti kita perlukan modal. kalau nak untung besar kenalah modal besar..nak untung kecik modalnya kecik..tapi mungkin pihak sana nak tiru skim cepat kaya kot..hahaha...

aku tersenyum apabila melihat mereka pulang dengan menaiki bmw, alphard dan toyota camry..kenapa aku tersenyum? kerana mereka adalah kontraktor yg terlibat dalam projek mega yg tun cadangkan dulu...