Khamis, 8 Januari 2009

SANGKA-SANGKA

Sangka-sangka

Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk

Orang beribadah disangka riak,
Orang yang rileks disangka malas,
Orang berpakaian baru disangka menunjuk,
Orang berpakaian lama disangka hina,
Orang makan banyak disangka pelahap,
Orang makan sikit disangka “diet”.

Orang berperangai baik disangka buruk,
Orang berperangai buruk disangka baik,

Orang yang senyum disangka mengejek,
Orang yang masam disangka merajuk,
Orang yang berbincang disangka mengumpat,
Orang yang diam disangka menyendiri,
Orang yang menawan disangka menggoda,
Orang yang ceria disangka mengada,
Orang yang bertanya disangka menyibuk.

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa,
Mana tahu yang berbincang itu kerana memberi pendapat,
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah,
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya,
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya,
Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya.

Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka,
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa,
Kerap sangka-sangka mengundang celaka.

Jangan terlalu bersangka-sangka,
Jauhi sikap suka sangka-sangka

Rabu, 7 Januari 2009

DUNIA BARU 2009

askum semua.....

aku rasa tak lambat utk aku ucapkan selamat tahun baru 2009. bila sebut tahun baru mesti azam baru....aku rasa azam aku macam tahun2 yg dulu juga. sudah lama aku tak berblog..bila masa akhir tahun ramaila sibuk jadi aku pun turut sama buat-buat sibuk. nanti kang org kata pemalas, bila malas skt pun rendah (aku rasala)...jadi kenala buat-buat sibuk...

tahun ni, tahun yg penuh makna utk aku..mcm2 pekara akan berlaku...aku akan melangkah ke satu alam dan dunia baru...dunia rumahtangga.hahaha.kalau takda aral melintang bulan 6 ni aku jadi laki org...

sempena tahun baru ni marilah bersama-sama kita rapatkan ukhwah dan ubah sikap yang buruk kepada yang baik.jadilah manusia yang berguna..jangan jadi lalang.sekian sahaja