Khamis, 8 Januari 2009

SANGKA-SANGKA

Sangka-sangka

Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk

Orang beribadah disangka riak,
Orang yang rileks disangka malas,
Orang berpakaian baru disangka menunjuk,
Orang berpakaian lama disangka hina,
Orang makan banyak disangka pelahap,
Orang makan sikit disangka “diet”.

Orang berperangai baik disangka buruk,
Orang berperangai buruk disangka baik,

Orang yang senyum disangka mengejek,
Orang yang masam disangka merajuk,
Orang yang berbincang disangka mengumpat,
Orang yang diam disangka menyendiri,
Orang yang menawan disangka menggoda,
Orang yang ceria disangka mengada,
Orang yang bertanya disangka menyibuk.

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa,
Mana tahu yang berbincang itu kerana memberi pendapat,
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah,
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya,
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya,
Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya.

Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka,
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa,
Kerap sangka-sangka mengundang celaka.

Jangan terlalu bersangka-sangka,
Jauhi sikap suka sangka-sangka

3 ulasan:

jagoan berkata...

Itulah kelemahan manusia.

Suka sangat dengar cakap SYAITAN. Alahai...

Tanpa Nama berkata...

api..mane ikat masin??...lupe ek

Tanpa Nama berkata...

silap taip lah apis...bukan api..soli soli