Isnin, 25 Mei 2009

fikirkanlah (azli shukri)

Nampaknya, hampir semua orang keliru dan dikelirukan berhubung dengan mengapa kerajaan dan Sultan Perak tidak mahu mengadakan pilihanraya semula di negeri tersebut. Banyak hujah dan penerangan di alam maya gagal disampaikan kepada rakyat berkenaan hal tersebut secara tepat dan jujur. Sebaliknya, banyak pihak yang terus termakan dengan omong kosong Anwar Ibrahim melalui slogan "Mahkamah Rakyat", "Kuasa Rakyat" dan sebagainya. Semua lapisan rakyat ditipu oleh Anwar Ibrahim. Malah, semua orang tidak tahu hakikat sebenar mengapa Sultan Perak tidak mahu menerima usul bagi membubarkan DUN Perak sebelum ini.Mari kita sama-sama bertanya kepada diri kita terlebih dahulu, sebelum kita pergi lebih jauh dalam isu ini. Andaikan jika pilihanraya diadakan semula di negeri Perak, parti manakah yang akan menang? Saya fikir semua orang akan tahu jawapannya, baik orang UMNO mahupun orang PAS. Jawapannya mudah, yang menang nanti ialah - PAS, PKR dan DAP, malah, sudah semestinya ADUN DAP yang akan lebih banyak memenangi kawasan yang ditandingi, sekaligus bakal menguasai barisan ADUN Pakatan Rakyat. Akhirnya, Exco dan Kerajaan Perak akan tetap menjadi seperti asalnya - yakni dikuasai oleh kuasa manoriti, kerana semata-mata orang Melayu berpecah kepada dua pasukan. Dalam hal ini, yang untung hanyalah DAP. DAP mengambil kesempatan atas segala kepincangan yang sedang melanda orang-orang Melayu di Perak. Sultan tahu semua ini dan kita semua juga tahu akan hal tersebut dengan perkiraan yang sangat mudah.Sultan Perak tidak suka kepada lagak dan cara DAP menunjukkan taringnya sepanjang mereka menguasai barisan Exco Negri Perak yang lalu. DAP bukan kuat sangat, tetapi pandai mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Sultan Perak memahami bahawa cara pemerintahan negeri Perak semasa berada di bawah Nizar - tidak menunjukkan keadilan. Bagaimana boleh adil jika penduduk Perak hampir 60 peratus terdiri daripada orang-orang Melayu, tetapi Exco Kerajaan Negerinya lebih banyak didominasi oleh Exco dari parti DAP, ia tidak melambangkan komposisi sebenar rakyat Perak. Hal ini sama sekali tidak menyenangkan hati baginda Sultan Perak dan rakyatnya sekali.Hal ini bukan bermakna Sultan Perak membenci kaum Cina, sebaliknya Sultan mahukan keadilan berasaskan kepada hakikat sebenar komposisi kaum di negeri tersebut. Selagi PAS, PKR dan DAP tidak memahami aspirasi tersebut, maka mengadakan pilihanraya semula di Perak hanyalah sia-sia. Tidak akan ada penyelesaian muktamad. Sekalipun PR menang semula di Perak, tetapi jika Sultan Perak tidak perkenan untuk melantik MBnya dalam kalangan PR, maka konflik akan terus berlarutan sampai bila-bila. Dengan kata lain, Sultan Perak menginginkan Kerajaan baginda dikuasai oleh ADUN yang menunjukkan komposisi rakyat Perak yang sebenar, bersesuaian dengan penduduknya yang kebanyakan terdiri daripada kaum Melayu, malah ADUNnya juga lebih ramai dalam kalangan bangsa Melayu berbanding dengan ADUN bangsa lain. Sultan Perak, saya percaya tidak berkira sangat soal PAS atau UMNO yang menang, yang Sultan Perak pentingkan ialah Exco dan Kerajaan Perak haruslah majoritinya dikuasai oleh orang-orang Melayu, bersesuaian dengan komposisi kaum di negeri Perak, itu sahaja. Tidak kiralah dari PAS mahupun UMNO - yang penting ia bersesuaian dengan jumlah DUN yang dimenangi oleh wakil-wakil Melayu (jika ditambah DUN PAS dan UMNO - maka wakil Melayu lebih ramai menguasai DUN Perak berbanding dengan kaum lain).Jadi, apabila diadakan semula pilihanraya di DUN Perak, akhirnya DAP juga yang akan menerajui pentadbiran dan menguasai keanggotaan Exco Kerajaan Negeri Perak seperti mana asalnya sebelum ini. Dan kita semua tahu bahawa Sultan Perak tidak suka dengan cara pentabdiran ala-DAP yang terang-terangan seperti mahu menguasai negeri tersebut. Sekali pun DUN Perak dibubarkan, dan keputusan rakyat akan diperolehi, maka apakah kita berfikir Sultan Perak akan berpuas hati?Sebaliknya, saya beranggapan selepas PR menang semula di Perak, krisis berikutnya yang akan berlaku adalah antara kerajaan Perak dengan Sultannya pula - kerana kita semua yakin bahawa Sultan Perak tidak senang melihat tindak-tanduk DAP dalam menentukan banyak dasar pentadbiran di negeri baginda (pada ketika itu, saya sangat percaya Anwar pasti sekali lagi akan menunduh kononnya kerajaan BN mempengaruhi Sultan bagi membenci dan mencampuri urusan Kerajaan Perak yang baru mendapat mandat itu). Hakikatnya Sultan Perak tidak suka semua itu.Jadi, PAS dan Nizar haruslah segera memahami hati nurani Sultan Perak. Sultan Perak pada hemat saya tidak berapa suka cara Exco-Exco DAP yang begitu banyak menentukan hala tuju negerinya. Sultan tidak pekenan semua itu. Tak akan hal sekecil ini pun PAS, PKR dan DAP masih nak meminta orang lain perjelaskan kepada mereka. Oleh sebab itu, selagi PAS dan Anwar berdegil dalam memahami isu ini dengan ikhlas, saya percaya krisis di Perak ini tidak akan selesai sampai bila-bila. Dan apakah ini yang Anwar Ibrahim mahukan selama ini, krisis, krisis dan krisis? Malah, lebih jauh daripada itu, apakah kita semua berfikir, bahawa andaikata PR menang dan menguasai Perak semula kelak, maka Sultan Perak akan redho dan merestuinya? dan adakah Sultan Perak akan berdiam diri melihat negerinya dikucar-kacirkan oleh parti pembangkang, khususnya DAP? Sudah! hentikan permainan politik bodoh Anwar Ibrahim ini. Jika benar PAS, PKR dan DAP mahu menyelesaikan kemelut politik di Perak dan menginginkan DUN Perak dibubarkan, maka sambut syarat saya ini :1. Jika DUN Perak dibubarkan dan PR menang sekali lagi, pastikan Exco Kanan mesti milik orang Melayu dan jangan lantik Exco dalam kalangan ADUN DAP. Setuju?2. DAP mesti berjanji kepada Sultan Perak bahawa mereka tidak akan meletakkan calon-calon Melayu sebagai wakil parti mereka di mana-mana kawasan sekali pun, agar DAP tidak menjadikan wakil tersebut sebagai boneka dan menjaga kepentingan sempit mereka.3. DAP sama sekali tidak boleh meletakkan calon mereka yang bersifat ekstrim dan ultra kaum Cina, hal ini penting agar tindak-tanduknya nanti tidak menyinggung hati Sultan Perak.4. PAS pula mesti menerima ADUN UMNO yang menang bagi mencukupi barisan Exconya jika ADUN mereka tidak mencukupi bagi menganggotai barisan Exco Kerajaan Negeri Perak.5. Semua usul/cadangan yang melibatkan kepentingan orang-orang Melayu dan Islam harus dipersembahkan terlebih dahulu kepada Sultan Perak sebelum ia dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Jangan pandai-pandai kasi tanah hak milik sampai 999 tahun, itu kerja bodoh.6. PAS dan UMNO wajib bersatu apabila Sultan Perak mahu mereka berbuat sedemikian. Tiada dolak-dalik dalam ketaatan kepada Sultan Perak yang juga merupakan Ketua Agama Negeri. Ia wajib bukan harus. Hal ini sangat jelas disyariatkan di dalam al-Quran, mana-mana ADUN PAS atau UMNO yang engkar dengan titah Sultan Perak agar bersatu, maka sumbat sahaja di dalam penjara. Jika di zaman Khalifah Abu Bakar dan Umar, mana-mana individu yang tidak taat kepada perintah ulul amri mereka ini boleh dihukum pancung sahaja. Mana-mana individu yang masih tetap engkar dengan Sultan Perak agar bersatu-padu walaupun sudah diperjelaskan oleh Mufti, tetapi masih berdegil, maka saya syorkan mereka ini dibuang negeri sahaja.Inilah beberapa perkara yang sempat saya fikirkan berkenaan krisis di Perak. Dan jika benar PR ikhlas mahu menyelesaikannya , maka inilah tanda harga tanggungjawab yang mesti mereka bayar atas kerjasama yang telah mereka lakukan dengan DAP selama ini . Wallahualam.

6 ulasan:

Blog K.A.M.I..... berkata...

Elok rasanya esok ni parti DAP mencalonkan org Melayu..sbb depa2 nih masih nampak DAP tu CINA...CINA semata-mata..Yer, saya akui segelintar DAP ada rasa perkauman CINA, tp itu dulu...dulu bang..dulu. Klu DAP ni pegang betul2 erti KEADILAN, makanya CINA islam dengan Melayu islam adalah sama dalam pemerintahan...atau CINA kafir sama dengan Melayu murtad yg duk ada kt tanan 'Melayu', juga akan dpt apa yg diorang patut dapat...nah..fikirkan?

Blog K.A.M.I..... berkata...

Tapi, melayu murtad tu...tk yah bagi apa...REJAM AJE...

Blog K.A.M.I..... berkata...

Monday, June 1, 2009
Utusan - Akhbar UMNO BN belum berubah – Zaid Ibrahim
JUN 1 – Bagi kebanyakan orang, Ahad adalah hari untuk rehat kerana ia hari cuti. Malangnya Mingguan Malaysia semalam (31 Mei 2009) tidak membolehkan saya rehat dan merasa tenang.

Malahan tulisan-tulisan dalam akhbar itu menimbulkan rasa kecewa, mengingatkan saya betapa jauhnya akhbar Melayu ini dari realiti sebenar kehidupan di Malaysia serta besar jurang pendirian akhbar itu dengan pemikiran orang Melayu masa ini.

Mungkin inilah menyebabkan Utusan semakin hari semakin kurang orang membacanya.Tema dan asas cerita utamanya adalah perkauman, perkauman dan perkauman.

Saya sebenarnya sudah malas baca tapi bila melihat tajuk “Melayu dikhianati?” tulisan ideolog utamanya Awang Selamat, saya paksa diri untuk tahu lebih lanjut.

Kata Awang Selamat, semakin hari semakin teruk hatinya ditoreh oleh tuntutan kaum bukan Melayu yang dakwanya berbau rasis yanag berkemuncak sekarang ini dan bermula sejak keputusan pilihanraya yang lepas.

Wah! Dengan lain perkataan, rakyat Malaysia mestilah menjaga hati Awang Selamat sebelum membuat apa-apa tuntutan kerana bila hati Awang Selamat tertoreh, maka hati Umno pun tertoreh; dan bila hati Umno tertoreh maka hati Melayu pun tertoreh. Begitulah agaknya logik Awang Selamat.

Dia tidak sedikit pun mengulas apa yang dituntut oleh rakyat Malaysia yang bukan Melayu itu.
Apakah yang “kerterlaluan” itu? Kalau pun mereka bertanya soal biasiswa atau pembahagian tanah atau peluang kerja; tak bolehkah dijawab secara rasional dan berpandukan fakta.

Mengapa mudah benar tertoreh hati? Apakah segala tuntutan orang bukan Melayu itu (yang ada hak di bawah Perlembagaan) tidak wajar dan tidak berasas?

Mengikut Awang Selamat begitulah agaknya kerana 50 tahun dahulu Umno dan Melayu telah “bermurah hati” memberi kerakyatan kepada nenek moyang mereka semasa Merdeka.

Jadi kerana kerakyatan itu diberi atas ehsan dan besar hati Umno maka anak cucu mereka tidak sama sekali boleh MEMBUAT APA-APA TUNTUTAN kerana mereka mesti sentiasa dan selama-lamanya mengenang budi kemurahan hati Umno.

Pemikiran seperti inilah yang saya maksudkan sudah tidak laku dan ditolak oleh rakyat semua. Bila rakyat meminta sesuatu walau pun dari Melayu, Cina atau India, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan (dan akhbar yang bertanggung jawab menilainya) untuk cuba menunaikan permintaan tersebut.

Kalau keterlaluan, terangkan saja mengapa tapi jangan ungkit sejarah untuk menutup kekurangan kita. Janganlah sentiasa naik marah dan mengugut dan memberi serpihan sejarah yang tidak lengkap untuk membuat modal politik.

Kita mendapat kemerdekaan kerana British telah bersetuju dengan pihak Perikatan dalam hal syarat-syarat kemerdekaan tersebut. Bila kita bersetuju, kita hormatilah perjanjian tersebut.

...

Blog K.A.M.I..... berkata...

Usahlah nak ungkit bahawa kita bermurah hati memberi kerakyatan yang mudah kepada Cina dan India. Hakikatnya itulah syarat yang kita setuju.

Tak ada siapa yang memaksa kita memberi kemudahan itu. Pada masa itu adalah mustahil untuk British melepaskan Malaya pada tahun 1957 jika soal kewarganegaraan kaum Cina dan India tidak selesai. Sejak Gerald Templer dihantar ke sini oleh Winston Churchill pada tahun 1952, semua pihak berusaha mencari jalan ke arah memerdekakan Malaya tetapi dengan syarat yang perlu diselesaikan ialah penerimaan kaum Cina dan India sebagai warganegara.

Kerajaan British tegas dalam hal ini. Dan Umno setuju dengan syarat ini. Itulah harga kemerdekaan yang Perikatan faham dam menerima dengan hati terbuka. Apakah Utusan ada fakta sejarah yang berbeza?

Tapi katakanlah kita terima pandangan kononnya Umno telah “bermurah hati “tentang kerakyatan kepada mereka yang menjadi warganegara lebih 50 tahun dahulu; adakah Awang Selamat mengharapkan cucu cicit mereka sekarang ini tidak langsung boleh bersuara tentang hak mereka? Adakah mereka perlu diam kerana tok nenek mereka dulu kononnya telah mendapat ehsan dari Umno?

Pemikiran feudal ini tidak ada tempat dalam sabuah Negara moden yang menghormati hak rakyat nya sendiri.

Satu lagi rencana ialah tulisan pengarang kanan Zulkiflee Bakar yang memberi nasihat kapada pembaca Utusan supaya jangan buta sejarah.

Agaknya Melayu macam saya ini dianggap buta sejarah. Sebenarnya soal sejarah tidak sukar dipelajari dan saya memang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah.

Tetapi orang yang paling malang dan kita kasihan ialah orang yang buta hati. Bila hati kita buta, tidak ada fakta dan ilmu yang dapat mengisi kekosongan dalam diri kita. Akhbar Utusan dan Mingguan sepatutnya membantu Perdana Menteri meneroka paradigma baru seperti dalam mencari erti 1Malaysia yang sebenar (perkataanya pun ialah Malaysia; bukan mana-mana kaum tertentu).

Akhbar ini sepatutnya membantu Perdana Menteri mencari jalan membangunkan ekonomi dengan pendekatan dan dasar yang lebih pragmatik dan adil. Akhbar sepatutnya mencadangkan cara yang pragtik dan progresif untuk membantu PM bukan menjadi pelobi ideologi yang usang .

Tapi Utusan masih mahukan gurindam perkauman. Bagi Utusan, Melayu gagal kerana orang Cina, kerana orang India. Sedarlah Utusan, orang bukan Melayu dan Melayu sendiri pun sudah dapat membezakan antara Melayu dan Umno, tahu bahawa bila dasar Umno dikritik, ia bukan mencabar Melayu tetapi mencabar Umno.

Usaha nak lagakan Melayu dan Cina kian hebat di usahakan tetapi percaya lah api perkauman tidak mungkin dapat menyala saperti dahulu.

Usahlah mudah tertoreh hati bila sesuatu dasar Umno dikritik dan dipersoalkan. Orang Melayu telah banyak berubah minda dan kefahaman mereka tentang Malaysia dan masa depan mereka; mereka tahu perbezaan itu.

Mereka tahu apa yang menanti dalam dunia yang penuh mencabar ini. Dan apa perubahan yang perlu mereka lakukan. Cuma Utusan belum sedar perubahan ini.

Tanpa Nama berkata...

Inilah pandangan daripada seorang penyokong BN UMNO yang masih haprak! Kalau hang rasa hang dah cukup hebat dengan hujah hang untuk mempertahankan BN UMNO, hang dah lama mati ditangan rakyat yang marah dengan apa yang dibuat hang dang geng UNMO BN..

Aku Terkilan seorang palnner yang pandai macam hang, buta hati dan tumpui otak utk berfikir... BN dan UMNO di Perak UMPAMA YAHUDI ke-2 Didunia....!

ambik la kalau nak perak tu dengan cara berhemah... ni bukan cara dia,..

rakyat marah pasai depa sedar apa yg berlaku


Kini melayu bukan macam dulu..
hampa mai buh TAR, Bagi KAIN BATIK...hampa igt org nak undi hampa..dulu boleh la..

Hafiz Ahmad berkata...

kda tanpa nama : kau ni memang seorang yag bersopan. lihat diri kau dah mencerminkan segalanya..kalau kita betul tak payahla kita nak berselindung...kadang apa yg kita kata akan dtg kepada kita semula..untuk pengetahuan kau..aku orang perak..ic aku 08..kau sapa org perak juga ke....