Nampaknya, hampir semua orang keliru dan dikelirukan berhubung dengan mengapa kerajaan dan Sultan Perak tidak mahu mengadakan pilihanraya semula di negeri tersebut. Banyak hujah dan penerangan di alam maya gagal disampaikan kepada rakyat berkenaan hal tersebut secara tepat dan jujur. Sebaliknya, banyak pihak yang terus termakan dengan omong kosong Anwar Ibrahim melalui slogan "Mahkamah Rakyat", "Kuasa Rakyat" dan sebagainya. Semua lapisan rakyat ditipu oleh Anwar Ibrahim. Malah, semua orang tidak tahu hakikat sebenar mengapa Sultan Perak tidak mahu menerima usul bagi membubarkan DUN Perak sebelum ini.Mari kita sama-sama bertanya kepada diri kita terlebih dahulu, sebelum kita pergi lebih jauh dalam isu ini. Andaikan jika pilihanraya diadakan semula di negeri Perak, parti manakah yang akan menang? Saya fikir semua orang akan tahu jawapannya, baik orang UMNO mahupun orang PAS. Jawapannya mudah, yang menang nanti ialah - PAS, PKR dan DAP, malah, sudah semestinya ADUN DAP yang akan lebih banyak memenangi kawasan yang ditandingi, sekaligus bakal menguasai barisan ADUN Pakatan Rakyat. Akhirnya, Exco dan Kerajaan Perak akan tetap menjadi seperti asalnya - yakni dikuasai oleh kuasa manoriti, kerana semata-mata orang Melayu berpecah kepada dua pasukan. Dalam hal ini, yang untung hanyalah DAP. DAP mengambil kesempatan atas segala kepincangan yang sedang melanda orang-orang Melayu di Perak. Sultan tahu semua ini dan kita semua juga tahu akan hal tersebut dengan perkiraan yang sangat mudah.Sultan Perak tidak suka kepada lagak dan cara DAP menunjukkan taringnya sepanjang mereka menguasai barisan Exco Negri Perak yang lalu. DAP bukan kuat sangat, tetapi pandai mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Sultan Perak memahami bahawa cara pemerintahan negeri Perak semasa berada di bawah Nizar - tidak menunjukkan keadilan. Bagaimana boleh adil jika penduduk Perak hampir 60 peratus terdiri daripada orang-orang Melayu, tetapi Exco Kerajaan Negerinya lebih banyak didominasi oleh Exco dari parti DAP, ia tidak melambangkan komposisi sebenar rakyat Perak. Hal ini sama sekali tidak menyenangkan hati baginda Sultan Perak dan rakyatnya sekali.Hal ini bukan bermakna Sultan Perak membenci kaum Cina, sebaliknya Sultan mahukan keadilan berasaskan kepada hakikat sebenar komposisi kaum di negeri tersebut. Selagi PAS, PKR dan DAP tidak memahami aspirasi tersebut, maka mengadakan pilihanraya semula di Perak hanyalah sia-sia. Tidak akan ada penyelesaian muktamad. Sekalipun PR menang semula di Perak, tetapi jika Sultan Perak tidak perkenan untuk melantik MBnya dalam kalangan PR, maka konflik akan terus berlarutan sampai bila-bila. Dengan kata lain, Sultan Perak menginginkan Kerajaan baginda dikuasai oleh ADUN yang menunjukkan komposisi rakyat Perak yang sebenar, bersesuaian dengan penduduknya yang kebanyakan terdiri daripada kaum Melayu, malah ADUNnya juga lebih ramai dalam kalangan bangsa Melayu berbanding dengan ADUN bangsa lain. Sultan Perak, saya percaya tidak berkira sangat soal PAS atau UMNO yang menang, yang Sultan Perak pentingkan ialah Exco dan Kerajaan Perak haruslah majoritinya dikuasai oleh orang-orang Melayu, bersesuaian dengan komposisi kaum di negeri Perak, itu sahaja. Tidak kiralah dari PAS mahupun UMNO - yang penting ia bersesuaian dengan jumlah DUN yang dimenangi oleh wakil-wakil Melayu (jika ditambah DUN PAS dan UMNO - maka wakil Melayu lebih ramai menguasai DUN Perak berbanding dengan kaum lain).Jadi, apabila diadakan semula pilihanraya di DUN Perak, akhirnya DAP juga yang akan menerajui pentadbiran dan menguasai keanggotaan Exco Kerajaan Negeri Perak seperti mana asalnya sebelum ini. Dan kita semua tahu bahawa Sultan Perak tidak suka dengan cara pentabdiran ala-DAP yang terang-terangan seperti mahu menguasai negeri tersebut. Sekali pun DUN Perak dibubarkan, dan keputusan rakyat akan diperolehi, maka apakah kita berfikir Sultan Perak akan berpuas hati?Sebaliknya, saya beranggapan selepas PR menang semula di Perak, krisis berikutnya yang akan berlaku adalah antara kerajaan Perak dengan Sultannya pula - kerana kita semua yakin bahawa Sultan Perak tidak senang melihat tindak-tanduk DAP dalam menentukan banyak dasar pentadbiran di negeri baginda (pada ketika itu, saya sangat percaya Anwar pasti sekali lagi akan menunduh kononnya kerajaan BN mempengaruhi Sultan bagi membenci dan mencampuri urusan Kerajaan Perak yang baru mendapat mandat itu). Hakikatnya Sultan Perak tidak suka semua itu.Jadi, PAS dan Nizar haruslah segera memahami hati nurani Sultan Perak. Sultan Perak pada hemat saya tidak berapa suka cara Exco-Exco DAP yang begitu banyak menentukan hala tuju negerinya. Sultan tidak pekenan semua itu. Tak akan hal sekecil ini pun PAS, PKR dan DAP masih nak meminta orang lain perjelaskan kepada mereka. Oleh sebab itu, selagi PAS dan Anwar berdegil dalam memahami isu ini dengan ikhlas, saya percaya krisis di Perak ini tidak akan selesai sampai bila-bila. Dan apakah ini yang Anwar Ibrahim mahukan selama ini, krisis, krisis dan krisis? Malah, lebih jauh daripada itu, apakah kita semua berfikir, bahawa andaikata PR menang dan menguasai Perak semula kelak, maka Sultan Perak akan redho dan merestuinya? dan adakah Sultan Perak akan berdiam diri melihat negerinya dikucar-kacirkan oleh parti pembangkang, khususnya DAP? Sudah! hentikan permainan politik bodoh Anwar Ibrahim ini. Jika benar PAS, PKR dan DAP mahu menyelesaikan kemelut politik di Perak dan menginginkan DUN Perak dibubarkan, maka sambut syarat saya ini :1. Jika DUN Perak dibubarkan dan PR menang sekali lagi, pastikan Exco Kanan mesti milik orang Melayu dan jangan lantik Exco dalam kalangan ADUN DAP. Setuju?2. DAP mesti berjanji kepada Sultan Perak bahawa mereka tidak akan meletakkan calon-calon Melayu sebagai wakil parti mereka di mana-mana kawasan sekali pun, agar DAP tidak menjadikan wakil tersebut sebagai boneka dan menjaga kepentingan sempit mereka.3. DAP sama sekali tidak boleh meletakkan calon mereka yang bersifat ekstrim dan ultra kaum Cina, hal ini penting agar tindak-tanduknya nanti tidak menyinggung hati Sultan Perak.4. PAS pula mesti menerima ADUN UMNO yang menang bagi mencukupi barisan Exconya jika ADUN mereka tidak mencukupi bagi menganggotai barisan Exco Kerajaan Negeri Perak.5. Semua usul/cadangan yang melibatkan kepentingan orang-orang Melayu dan Islam harus dipersembahkan terlebih dahulu kepada Sultan Perak sebelum ia dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Jangan pandai-pandai kasi tanah hak milik sampai 999 tahun, itu kerja bodoh.6. PAS dan UMNO wajib bersatu apabila Sultan Perak mahu mereka berbuat sedemikian. Tiada dolak-dalik dalam ketaatan kepada Sultan Perak yang juga merupakan Ketua Agama Negeri. Ia wajib bukan harus. Hal ini sangat jelas disyariatkan di dalam al-Quran, mana-mana ADUN PAS atau UMNO yang engkar dengan titah Sultan Perak agar bersatu, maka sumbat sahaja di dalam penjara. Jika di zaman Khalifah Abu Bakar dan Umar, mana-mana individu yang tidak taat kepada perintah ulul amri mereka ini boleh dihukum pancung sahaja. Mana-mana individu yang masih tetap engkar dengan Sultan Perak agar bersatu-padu walaupun sudah diperjelaskan oleh Mufti, tetapi masih berdegil, maka saya syorkan mereka ini dibuang negeri sahaja.Inilah beberapa perkara yang sempat saya fikirkan berkenaan krisis di Perak. Dan jika benar PR ikhlas mahu menyelesaikannya , maka inilah tanda harga tanggungjawab yang mesti mereka bayar atas kerjasama yang telah mereka lakukan dengan DAP selama ini . Wallahualam.